Wahai Sahabat
Sahabat,
Andai diriku ingin bersahabat denganmu hanya kerana hartamu,nescaya aku tersilap,kerana engkau bukanlah setanding Nabi Sulaiman yang punyai harta setinggi gunung..
Sahabat,
Andai diriku ingin bersahabat denganmu hanya kerana ilmumu,nescaya aku tersilap lagi,kerana engkau bukanlah secendiakawan Imam as-Syafie yang mampu menghafal kitab gurunya dari kulit ke kulit..
Sahabat,
Andai diriku ingin bersahabat denganmu hanya kerana kecantikanmu,nescaya aku telah melakukan kesilapan buat kali ke-3 berturut-turut,kerana engkau bukanlah sejelita 'Ainul Mardhiah yang mampu mengoyahkan keimanan lelaki-lelaki dunia hanya dengan lirikan ekor matanya..
Akan tetapi,aku berharap kali ini aku tidak melakukan kesilapan lagi..sesungguhnya,aku ingin bersahabat denganmu hanyalah semata-mata kerana AllahuJallasya'nuhu
Lebarkanlah sayap ukhuwwah mu untuk diri insan yang bernama Deni ini..
Salam ukhuwwah buat sahabat
No comments:
Post a Comment